Friday 5 April 2013

Perbezaan antara hipernim dan homonim

Salam sejahtera pembaca sekalian. Entri saya kali ini berkenaan kelompok kata hipernim dan hiponim. Mari kita berkenalan dahulu dengan definisi kedua-dua istilah hipernim dan hiponim ini. Baiklah, hipernim sebenarnya merupakan satu kata yang lebih besar, iaitu kata umum yang disebut sebagai superordinat. Manakala, hiponim pula adalah kata khusus yang disebut sebagai subordinat yang terangkum maknanya dalam superordinat. Selain itu, takrifan lain tentang hipernim ialah sebagai perkataan yang mewakili banyak kata lain. Umumnya, kata-kata hipernim adalah suatu kategori dan hiponim merupakan anggota dari kata hipernim. Contohnya;  
  • Hipernim  :  Hantu
  • Hiponim   :  Pocong, Toyol, Kuntilanak, Penanggal, Hantu Bungkus, dan sebagainya.

  • Hipernim  :  Ikan
  • Hiponim   :  Lumba-lumba, Yu, Tenggiri, Sepat, Haruan, Keli, Kaloi, Semah dan sebagainya.

  • Hipernim  :  Bunga
  • Hiponim   :  Melati, Melur, Kenanga, Bunga Raya, Kekwa, Ros, Dahlia, Mawar dan sebagainya.

Jadi, boleh dijelaskan di sini bahawa hipernim dan hiponim sebenarnya amat berkait dari aspek pengelompokan kata. Seperti yang telah dijelaskan, hipernim merupakan kelompok kata yang lebih umum dan luas. Hiponim pula merupakan anggota dalam kelompok kata hipernim tadi. Jadi, kita seharusnya memahami konsep kedua-dua kelompok kata ini bagi memastikan kita tidak tersalah konsep dan menukar makna antara dua istilah ini. Kata kunci yang mudah untuk kita mengingati kedua-dua istilah ini  melalui superordinat (hipernim) dan subordinat (hiponim). Sekian.

*Sumber : Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu (2009 : 103)

No comments:

Post a Comment