Monday 1 April 2013

Perbezaan kata pemeri ialah dan adalah..

Apa khabar para pembaca yang dihormati sekalian. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Baiklah, entri saya pada kali ini mengajak para pembaca untuk melihat perbezaan kata pemeri ialah dan adalah. Sering kali kita keliru menggunakan dua perkataan ini dalam membina ayat dalam penulisan mahupun pertuturan.

     Kata pemeri membawa maksud kata yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama dalam frasa predikat atau frasa subjek  dan sebagai pemisah antara subjek dan predikat ayat. Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama  dalam predikat.
Kata pemeri ialah hendaklah  hendaklah digunakan di hadapan frasa nama. Contohnya penggunaan kata pemeri ialah seperti di bawah;
  1. Putrajaya ialah pusat pentadbiran Malaysia.
     Dalam ayat tersebut, frasa ‘Putrajaya’ ialah subjek ayat manakala ‘pusat pentadbiran Malaysia’ ialah predikat ayat. Pembaca dapat melihat dengan jelas bahawa kata pemeri ialah menjadi pemisah kepada frasa subjek dan predikat dalam ayat tersebut.
Kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama , seperti yang terdapat dalam ayat di bawah :
  1. Antara bangunan utama di Putrajaya adalah kediaman rasmi Perdana Menteri. [FN + FSN]
  2. Penubuhan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran baru negara ini adalah amat dialu-alukan. [FN+FA]
Kata pemeri adalah digunakan dalam dua keadaan, iaitu dalam ayat yang berstruktur FN + FA dan FN+FSN. Perlu dijelaskan sekiranya ayat disongsangkan, penggunaan kata pemeri adalah tidak berubah walaupun struktur zahir ayat telah berubah. Sebagai contoh :
  1. Antara bangunan utama di Putrajaya adalah kediaman rasmi Perdana Menteri.
    Kesimpulannya, penggunaan kata pemeri ialah adalah gramatis dalam ayat berstruktur FN + FN manakala penggunaan kata pemeri adalah gramatis dalam ayat berstruktur FN +FA dan FN + FSN. Perlu diingatkan, kedua-dua kata pemeri ini tidak boleh digunakan dalam ayat yang berstruktur FN + FK. Diharapkan para pembaca mendapat input melalui entri saya pada hari ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment